Ramai sahabat-sahabat yang mengeluh kepada saya dan memberitahu betapa sukarnya mereka menemui cinta. Maksud cinta disini ialah cinta diantara Adam dan Hawa. Cinta ini yang susah dicari.
Cinta itu seperti butir-butir pasir yang berada di padang pasir. Memang banyak, menimbun, bersepah, berada dimana-mana saja disekeliling kita tetapi mahu mencari yang asli dan sejati itu memang susah.
Sebenarnya kita tidak perlu kelam kabut dan mengelabah untuk mencari cinta ini. Saya sangat pasti cinta akan datang kepada setiap orang, cuma samada kita sedar dan ambil peluang itu atau kita lepaskan dan biarkan ia berlalu pergi.
Saya percaya cinta itu mempunyai satu kuasa yang maha hebat. Jika kita keluarkan semua rasa cinta yang tersorok di satu tempat yang paling dalam di hati ini, nescaya ia mampu memusnahkan dunia ini.
Percayalah kata-kata saya, tidak seronok juga jika kita ini setiap masa dan setiap waktu diulit rasa cinta ini. Tidak ada cabaran atau dugaan jika kita sentiasa berjumpa dengan cinta ini setiap masa.
Saya lebih rela bersusah payah dan menghadapi pelbagai dugaan dahulu sebelum menemui cinta sejati ini. Tidakkah itu akan menjadi satu kenangan yang manis dalam hidup kita? Bilamana kita bersusah payah, berjuang dan mengharungi pelbagai ragam untuk berjumpa dengan cinta suci ini? Semata-mata untuk mengungkapkan kata dan menggeluarkan rasa kepada yang dicinta.
Bila saat itu tiba, ayat inilah yang paling istimewa.
"Aku ingin berada disamping mu dan menyintai mu selamanya..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 catatan:
like hello? dokter cinta?
"And think not you can direct the course of love, for love, if it finds you worthy, direct your course..." -Kahlil Gibran-
visualharvest : wah sapa yg tulis ni im' sure not you. Haha hebat kalau lelaki yg tulis post ni. Sgt setuju! hilang sekejap rasa nk cari cinta. :)
"And think not you can direct the course of love, for love, if it finds you worthy, direct your course..." -Kahlil Gibran- (from video klip nitrus en -cinta-)
sapa lagi en. fesal yang ingin brcinta la
Post a Comment