Tak semena Mail Kulup tepuk meja kat warung Lebai Pa dengan kuat. Terloncat Pok Chekkk akibat terkejut. Karim Pin terketar-ketar mengurut dada. Mek Yah terkebal-kebal bijik mata kat dapur, terhenti kejap dia mencuci pinggan mangkuk.
"aku memang tak puashati ngan Tok Sidang. Ikut suka bapak tiri dia jer nak suruh kita bayar cukai pendapatan. cam la kita nie kerja kerajaan" Mail Kulup berucap dengan penuh semangat.
"kita kena tunjukkan pada Tok Sidang yang kita nie nak protes. Kita bukan tunggul kayu yg boleh dipijak2 camtu jer" sambung Mail Kulup.
"Tul tu Mail. Aku sokong kau 100%. tapi ape kita nak buat ahhh?" Pakdooo Roni mencelah sambil mengait baju panas untuk bakal anaknya yang akan lahir tak lame lagi.
"ko takde ape2 cadangan ker ahhh, Mail" Pakdoo Roni menyambung lagi. Dia makin bersemangat nampaknya. Semakin laju dia mengait.
"Aku ada idea. Idea yg benar2 bernas. Dah lama aku fikirkan. Aku rasa dengan cara nie, pasti Tok Sidang tau yg penduduk kampung tak puashati ngan tindakan yg dia nak buat tu" kata Mail Kulup.
Zaid Din, Karim Pin, Pok Chekk ngan Leman Ronaldo mengangguk2. Diaorang cuma diam. Diam tak cakap apa2. Tapi yang pasti mereka masih lagi menjentik buah karem. Teh O ais dlm gelas dah hampir abis. Gerai Lebai Pa dah nak tutup. Mek Yah dah siap basuh pinggan. Pakdoo Roni dah masukkan baju budak yg nak siap tu dlm plastik Maidin warna putih biru.
"Petang esok kita ade perjumpaan penting kat blakang reban ayam Mail Kulup. korang kena datang. kita mahukan anak2 muda yang berani" sambung Pakdoo Roni lagi.
"nie haaa.. 60sen duit air aku. jumpa esokkk. jangan korang lupa lakkk" Pakdoo Roni meninggalkan semua orang dan hilang dlm kegelapan dan kepekatan malam. Mail Kulup tengok jam.
"aku gerak dulu. Dah lewat nie. aku lupa bawak kunci rumah. Jumpa esokk" sambung Mail Kulup.
Zaid Din, Karim Pin, Pok Chekk ngan Leman Ronaldo mengangguk2. Gerai Lebai Pa dah tutup. Zaid Din, Karim Pin, Pok Chekk ngan Leman Ronaldo angkat papan karem dan sambung main lagi bawah lampu jalan tepi simpang. Suasana sunyi sepi, semua orang dah tido. Yer..malam jumaat. semua kena tido awal sebab esok ade semayang jumaat.

0 catatan:
Post a Comment