13.11.09

pengalaman menunggu durian di dusun atuk orang lain

makan durian best tapi kalau tunggu durian jatuh memang menyiksakan. semalam, jam 2 pagi gua dpt jemputan terhormat dari sokrang member. dia ajak gua mengisi masa lapang dengan pergi dusun durian dia dan tunggu durian gugur (pada waktu malam, jam 2 pagi). tempat tu jauh dipedalama tapi sebab gua nie suka aktiviti yg advanture cam young n dangerous gua dengan rela hati follow.

hampir pukul 3 pagi, kami bertiga (gua, member gua, ayah member gua) sampai ketempat yang dituju. jalan berliku2, berlekuk-lekuk sampai gua naik pening. turun2 jer kete, suasana gelap gelita. yerlah..dah malam kan! bulu roma gua tiba2 menegak bila dengar bunyi2 menyeramkan. burung hantu, cengkerik dan kadang2 suara katak... ishhhhhh. berbekalkan 2 lampu picit kitaorang bergerak ke destinasi yg dituju. sebenarnya ade 3 tapi satu takleh pakai. gua amik jalan selamat, duk tengah2. kalau ape2 terjadi orang depan atau belakang yang kena dulu. hehehhehe..

10 minit jalan, kitaorang sampai ke destinasi. ade sebuah pondok kecik, nampak tak nampak sebab malam gelap sangat. pondok tanpa bumbung, memang nahas kalau buah durian jatuh atas kepala. mau berkecai otak! tak sampai 2 minit, gedebukkkkkk bunyi dari belakang pondok. gua terloncat malu sambil melatah manja. luruh jantung makkkk. ingatkan ape, rupa2nya bunyi durian gugur. member gua campak lampu suluh kat gua. dengan hati berdebar gua terbongkok2 carik buah durian. gua suluh betul2 atas buah durian..hati berdebar2. perghhhhhh. durian besar nak mampus. gua angkat sampai sakit belakang. member gua cakap tu durian tembaga. gua angguk2 tanda setuju.

dlm sejam lepas tu, dapat gak dlm 20 bijik durian yg dah kami kumpul. makan pun dah lebih 10 bijik sampai badan naik panas. tiba2 angin malam dtg, sejuk je sampai ke tulang putih. gua pakai suar pendek lagi la rasa aura2nya. tak pasal2 hujan turun lebat tanpa sebarang amaran. ayah member gua suruh kitaorang pindah. duduk kat pondok tak jauh dari situ. gua perasan member gua cam malas pergi jer kat tempat tu. dia tanye gua, gua on jer. kami bertiga berlari2 anak ke pondok berhampiran. tempat tu berbumbung tapi gua tak nampak sebab gelap. tapi yg pasti kat sekitar tu takde pokok durian. pedulikan lahhh. hujan masih mengila, gua menguap2 tanda mengantuk. member gua diam membisu, sepatah ayat pun tak keluar dari mulut.

gua tak sedar bila masa gua terlelap. alih2 jer gua tengok ade kain batik menyelimuti badan gua yg kedinginan. member gua kot yg selimutkan. sweet abis gua rasa masa tu hampir2 menitiskan airmata. dlm terpinga2 gua mengelamun, member gua dtg ngan ayah dia ajak pulang. member gua gelak2 sebab gua tertido kat pondok 2 jam. gua tersengeh bangga.

kami meninggalkan pondok dan terus pulang dengan gembira. hohoho! sebelum balik gua pandang pondok tempat gua tido. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....... kubur!

-
-
-
-
-
-
-
dlm kete member gua tanye pasal kain yg selimut gua masa gua tido. gua diam membisu sampai sekarang.

ade sape brani tido atas wakaf kubur sorang2 tak? siap amik kain atas keranda buat selimut? aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......

0 catatan: