27.9.09

teringin


sape-sape yang murah hati.....ape kate ko beli kan aku 2 barang nie.nanti aku doakan ko lah orang pertama yang masuk syurga....

19.9.09

RAYA

kepada mamat-mamat dan minah-minah pengendali weblog semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua

18.9.09

legal 24

lahir

selamat hari lahir buat faisal ahmad

13.9.09

cerita pasal demam dan batuk

demam gua masih belum pulih sepenuhnya terutama batuk. kadang2 sampai terguling2 gua dibuatnya. azab sungguh. macam2 cara dah buat. makan ubat batuk cap ibu dan anak, cap kapal api, cap sauh dan macam2 cap lagi tapi camtu gak. orang cakap makan air asam jawa pun gua dah cuba. sampai ngan kulit2, bijik2 gua telan, batuk gua masih tak pulih2 gak. duhhhh... sampai timbul uarat2 hijau kat kelapa gua menahan batuk nieh. sungguh azab. ade gak orang cakap try cuka nipah ngan garam buku pun gua dah cuba. malah ngan batang2 nipah gua kunyah tapi batuk tetap melekat kat gua niehh.

tapi gua pelik, masa satu rumah demam dan batuk tapi yang hebatnya mak gua rilek jer, dia sorang jer okey. sihat walafiat. pandai dia jaga kesihatan. gua try tanye dia mintak nasihat

"erk.. ape rahsia tak demam...hehhehe"

"banyak2kan berdoa pada tuhan lepas semayang insyallah" kata mak gua.


besoknya mak gua pun demam dan batuk gak. kesian dia!

11.9.09

puase dan cinta yang tertinggal

oh yer..semalam aku kat bazar ramadhan. tengah aku beli makanan faberat aku, popia basah (tak jumpa lagi popia yg betul2 best), tiba2 aku terpandang seseorang. seseorang yang pernah aku kenal lebih kurang 12 tahun yang lalu. hahaha..lama dowh! taktau lah dia perasan tak aku tengok kat dia atau dia buat2 tak nampak tapi aku pasti itu dia. bersama 4 orang anak2 kecik. berderat cam keretapi. hahahha.. sweet abis. awek masa skolah menengah dulu. masa tu aku form 5 dia form 3 kalau tak silap. cinta monyet laaa senang nak criter. janji setia hidup semati, nak bina hidup bersama berdua selamanya. siap dia bagi nama anak lagi, untuk lelaki dan perempuan. ingat balik kelakar abis. aku cuba kuatkan diri untuk menegur.

"ermm..assalamualaikum" tegur aku sopan.

"walaikummussalam"

"kenal lagi tak" tanyer aku lagi.

"hehehe...kenalla. tadi lagi perasan awak tapi saje jer buat2 tak nampak sebab nak tengok awak tegur lagi ker tak kita nie" jawab dia panjang lebar.

"tu la. risau gak tadi takut tak kenal atau salah orang malu lak saya. hehehe. semua nie anak2 awak ker, ayah dia mane?" tanyer aku lagi.

"ohh..a'aah anak2. abah budak2 nie kat dlm kete. sorang jer ker, mane orang rumah awak ?"

"haaa..orang rumah? ishhh..segan nak cakap. tak kawin lagi sebenarnya. tak jumpa jodoh yang sesuai la kot. lagipun takde sape nak"

"ker awak tu yang memilih sangat. dulu masa skolah ramai peminat takkan la skarang takde orang nak. tipu la tu"

"buat ape nak tipu, puase niehh tak baik nak tipu2"

"awak tak banyak berubah ekk dari dulu. slim jer sampai skrang. cuma rambut jer dah panjang"

"hahaha.. tu la makan banyak pun tetap camnie jer. tapi nie dah bertambah aper. rambut tak sempat nak potong la." aku jawab sambil gelak2.

"sape nama anak awak yang comel nie" aku tunjuk ker arah budak yang tengah makan aiskrim.

"ohhh... nie ellisa diana"

"cepat salam ngan pakcik" suruh dia lagi

"erkk.. abang lahhh..pakcik tu tua sangat laaa"

"dah tua pun tak ngaku lagi"

"awak, saya gerak dulu ekk. tak beli barang lagi nie. nak beli kerang, takut abis nanti"

"okey. jumpa lagi. senang2 datang la rumah raya nie"

"insyallah..jalan dulu ekkk"

dlm kepala aku masih lagi berfikir pasal nama anak dia nie. ohhhhhhhhh...fuck! nama tu penah dia cakap kat aku dulu. kalau dpt anak pompuan dia nak letak nama ellisa diana. tapi, ayah anak dia bukan aku. uhhhhhhh.. sedihnya. kejam-kejamnya dunia. hehehe..

8.9.09

jadi

selamat hari jadi buat lydia

7.9.09

A big secret about 5 daily prayers

This article is interesting but I'm not sure who's the author.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya?

Credit to the author of this article

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian. Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan. Penuh ketenangan, merempuh ujian. Tuluslah dengan TUHAN, tuluslah sesama insan.

Marhaban Ya, Ramadhan

Sesungguhnya pada setiap malam di bulan Ramadhan Allah mengeluarkan satu senarai nama orang - orang yang di bebaskan daripada azab api neraka. Oleh itu, marilah kita sama - sama tingkatkan amalan dan berdoa agar kita termasuk dalam golongan tersebut.

6.9.09

gam kanji

"keluarkan gam kanji yang saya suruh kamu bawa ke sekolah hari ini....."beritahu miss tan,guru seni lukis kami,...."dan letakkan atas meja!".Hari ini kami akan belajar membuat corak dengan medium tersebut.Aku kontangkan satu tiub gam 20sen dan gaulkan dengan warna serbuk dan pupukan di atas kertas lukisan dan hasilkan corak dengan menggunakan jari-jemari.aku buatkan lukisan bulan kecil berwarna off-white.

"Apa pasal kertas lukisan kamu banyak lagi runag kosong tak berwarna?dan apa pasal kamu lukis bulan warna puith atas kertas warna putih?mana nak nampak !"tanya miss tan.

"Saya bukan nak cerita pasal warna,cikugu.Tetapi saya nak cerita tentang tekstur.Kawasan yang tidak berusik itu adalah white sapce.Dan off-white adalah warna cinta"

Untuk lukisan itu aku dapat A+.Tak tahulah kerana lukisan itu cantik atau kerana aku pandai cakap.

4.9.09

Cerita Revolusi (part 1)

Tak semena Mail Kulup tepuk meja kat warung Lebai Pa dengan kuat. Terloncat Pok Chekkk akibat terkejut. Karim Pin terketar-ketar mengurut dada. Mek Yah terkebal-kebal bijik mata kat dapur, terhenti kejap dia mencuci pinggan mangkuk.

"aku memang tak puashati ngan Tok Sidang. Ikut suka bapak tiri dia jer nak suruh kita bayar cukai pendapatan. cam la kita nie kerja kerajaan" Mail Kulup berucap dengan penuh semangat.

"kita kena tunjukkan pada Tok Sidang yang kita nie nak protes. Kita bukan tunggul kayu yg boleh dipijak2 camtu jer" sambung Mail Kulup.

"Tul tu Mail. Aku sokong kau 100%. tapi ape kita nak buat ahhh?" Pakdooo Roni mencelah sambil mengait baju panas untuk bakal anaknya yang akan lahir tak lame lagi.

"ko takde ape2 cadangan ker ahhh, Mail" Pakdoo Roni menyambung lagi. Dia makin bersemangat nampaknya. Semakin laju dia mengait.

"Aku ada idea. Idea yg benar2 bernas. Dah lama aku fikirkan. Aku rasa dengan cara nie, pasti Tok Sidang tau yg penduduk kampung tak puashati ngan tindakan yg dia nak buat tu" kata Mail Kulup.

Zaid Din, Karim Pin, Pok Chekk ngan Leman Ronaldo mengangguk2. Diaorang cuma diam. Diam tak cakap apa2. Tapi yang pasti mereka masih lagi menjentik buah karem. Teh O ais dlm gelas dah hampir abis. Gerai Lebai Pa dah nak tutup. Mek Yah dah siap basuh pinggan. Pakdoo Roni dah masukkan baju budak yg nak siap tu dlm plastik Maidin warna putih biru.

"Petang esok kita ade perjumpaan penting kat blakang reban ayam Mail Kulup. korang kena datang. kita mahukan anak2 muda yang berani" sambung Pakdoo Roni lagi.

"nie haaa.. 60sen duit air aku. jumpa esokkk. jangan korang lupa lakkk" Pakdoo Roni meninggalkan semua orang dan hilang dlm kegelapan dan kepekatan malam. Mail Kulup tengok jam.

"aku gerak dulu. Dah lewat nie. aku lupa bawak kunci rumah. Jumpa esokk" sambung Mail Kulup.

Zaid Din, Karim Pin, Pok Chekk ngan Leman Ronaldo mengangguk2. Gerai Lebai Pa dah tutup. Zaid Din, Karim Pin, Pok Chekk ngan Leman Ronaldo angkat papan karem dan sambung main lagi bawah lampu jalan tepi simpang. Suasana sunyi sepi, semua orang dah tido. Yer..malam jumaat. semua kena tido awal sebab esok ade semayang jumaat.