30.11.09

bendalistik

beberapa malam yang lepas aku kuar melepak ngn membe-membe aku,mabuk teh tarik di hayaki.berbual perkara-perkara yang patut di bualkan,tiba satu ketika aku tiba-tiba gatal masuk bab cam mane nak ngurat pompuan.yelah,aku kan maih mencari jadi cubalah nak dapatkan tips-tips.membe aku tanye gadis idaman aku,aduss...sebenarnya aku tak memikirkan sangat bende-bende nih.kalau dah suka,sukalah tak kire cam mane bentuknye.tapi kalo membe aku dah tanye aku jawablah sekadar yang boleh.aku cakaplah aku suka yang cantik,rambut panjang,murah senyuman dan banyak lagi la....

biler aku pikir-pikir balik ape yang aku cakap kat membe aku tue,baru aku realize yang sebenarnye aku nih sungguh materialistik.semua benda yang aku idamkan semuanye bleh nampak,benda yang bleh di pegang.semua bende yang material.takde plak ciri-ciri yang aku nak yang abstrak.baek hati ker(tipikal gile),memahami,open minded dan macam-macam lagi la...

ingatkan pompuan jer yang materialistik.lelaki pon materialistik gak.nampka sangat kite sekarang nie materialistik.mengejar bende-bende yang bleh nampak di depan mata saje.nilai-nilai yang tak bleh disukat menggunakkan skala numerik (nilai yang abstrak)sangatlah sedikit.

susah bagi aku untuk mengurangkan sifat-sifat material aku.kadang-kadang terpandang dada pompuan,kekadang terbeli tape sampai 5-6 keping.terbazir kat bende-bende yang tak munasabah.tapi selagi aku bleh bermimpi,aku yakin aku bleh pegi travel satu hari nanti

29.11.09

disember yang basah part 8

hidup kite nie memang penuh kesulitan.sememangnye hidup begitu.kita membina sempadan
dalam hidup kite sendiri.sempadan bukanlah penghalang,tapi hanya menghadkan jangkuan
kite memperolehi sesuatu.memerlukan keazaman dan kekuatan mental untuk memecahkan sebarang tembok yang menhalang.sebab sudah semestinye ade sesuatu yang hebt menanti di luar sana.

sebelah kaki melangkah ke depan.kebencian hanya bersifat sementara,dendam juga hanya kudis yang akan lenyap menunggu masa berlalu.hidup perlu perubahan sebagai mana tahun berganti tahun dan bertambahnye usia

entahlah.....aku hanya rindukan mereka semua.itu sahaja

RAYA

dalam 2-3 hari yang lepas aku ade beli 2-3 bijik buku baru.buku tue aku letak sebelah bantal.
kononnya setiap kali aku nak tido aku mesti teringat nak bace.tapi baru buka 3 helai nafsu tido aku dah tak terkawal.bantal jahat!bantal jahat!

24.11.09

sipadan


penulis ader dalam gambar ini.bersama rakan-rakan beliau.

16.11.09

faham

membaca itu seperti menjadi isteri yang setia
tp....menulis itu seperti menjadi perempuan simpanan yang sangat zalim

13.11.09

Big Fish


"daffodils"

"They're your favorite flower"

"How did you get so many?"

"I called everywhere in five states. I told them it was the only way to get my wife to marry me"

"you don't even know me"

"i have the rest of my life to find it"

pengalaman menunggu durian di dusun atuk orang lain

makan durian best tapi kalau tunggu durian jatuh memang menyiksakan. semalam, jam 2 pagi gua dpt jemputan terhormat dari sokrang member. dia ajak gua mengisi masa lapang dengan pergi dusun durian dia dan tunggu durian gugur (pada waktu malam, jam 2 pagi). tempat tu jauh dipedalama tapi sebab gua nie suka aktiviti yg advanture cam young n dangerous gua dengan rela hati follow.

hampir pukul 3 pagi, kami bertiga (gua, member gua, ayah member gua) sampai ketempat yang dituju. jalan berliku2, berlekuk-lekuk sampai gua naik pening. turun2 jer kete, suasana gelap gelita. yerlah..dah malam kan! bulu roma gua tiba2 menegak bila dengar bunyi2 menyeramkan. burung hantu, cengkerik dan kadang2 suara katak... ishhhhhh. berbekalkan 2 lampu picit kitaorang bergerak ke destinasi yg dituju. sebenarnya ade 3 tapi satu takleh pakai. gua amik jalan selamat, duk tengah2. kalau ape2 terjadi orang depan atau belakang yang kena dulu. hehehhehe..

10 minit jalan, kitaorang sampai ke destinasi. ade sebuah pondok kecik, nampak tak nampak sebab malam gelap sangat. pondok tanpa bumbung, memang nahas kalau buah durian jatuh atas kepala. mau berkecai otak! tak sampai 2 minit, gedebukkkkkk bunyi dari belakang pondok. gua terloncat malu sambil melatah manja. luruh jantung makkkk. ingatkan ape, rupa2nya bunyi durian gugur. member gua campak lampu suluh kat gua. dengan hati berdebar gua terbongkok2 carik buah durian. gua suluh betul2 atas buah durian..hati berdebar2. perghhhhhh. durian besar nak mampus. gua angkat sampai sakit belakang. member gua cakap tu durian tembaga. gua angguk2 tanda setuju.

dlm sejam lepas tu, dapat gak dlm 20 bijik durian yg dah kami kumpul. makan pun dah lebih 10 bijik sampai badan naik panas. tiba2 angin malam dtg, sejuk je sampai ke tulang putih. gua pakai suar pendek lagi la rasa aura2nya. tak pasal2 hujan turun lebat tanpa sebarang amaran. ayah member gua suruh kitaorang pindah. duduk kat pondok tak jauh dari situ. gua perasan member gua cam malas pergi jer kat tempat tu. dia tanye gua, gua on jer. kami bertiga berlari2 anak ke pondok berhampiran. tempat tu berbumbung tapi gua tak nampak sebab gelap. tapi yg pasti kat sekitar tu takde pokok durian. pedulikan lahhh. hujan masih mengila, gua menguap2 tanda mengantuk. member gua diam membisu, sepatah ayat pun tak keluar dari mulut.

gua tak sedar bila masa gua terlelap. alih2 jer gua tengok ade kain batik menyelimuti badan gua yg kedinginan. member gua kot yg selimutkan. sweet abis gua rasa masa tu hampir2 menitiskan airmata. dlm terpinga2 gua mengelamun, member gua dtg ngan ayah dia ajak pulang. member gua gelak2 sebab gua tertido kat pondok 2 jam. gua tersengeh bangga.

kami meninggalkan pondok dan terus pulang dengan gembira. hohoho! sebelum balik gua pandang pondok tempat gua tido. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....... kubur!

-
-
-
-
-
-
-
dlm kete member gua tanye pasal kain yg selimut gua masa gua tido. gua diam membisu sampai sekarang.

ade sape brani tido atas wakaf kubur sorang2 tak? siap amik kain atas keranda buat selimut? aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......

11.11.09

9 naga

ajeng,isteriku
manusia terkuat yang pernah ku kenal...
terima kasih untuk rumah terindah yang pernah aku tempati
terima kasih untuk memberi maaf,sebelum aku meminta
terima kasih untuk bersabar,sampai aku tahu,
kalau hal-hal terbaik dalam hidup,tidak memerlukan wang...
seperti bunyi suara mu yang selalu setia,
menuntunku pulang ke hatimu,rumahku yang terindah....


pengabaian.penyesalan.pergorbanan.penebusan

8.11.09

kawan kawan-kawan aku

dulu ketika umur baru masuk separuh masa pertama,aku gemar berlonggak-longgak
di medan usahawan.selepas waktu kerja tamat.makan.minum.gelak.makan.minum.gelak lagi.
makan.minum.gelak-gelak lagi.

tapi itu dulu la......

sekarang semua sudah mempunyai jalan hidup masing-masing,aku sentiasa berharap supaya
kawan-kawan aku ini berjaya didalam kehidupan masing-masing.kepada kawan-kawan
lama aku....

"aku rindu korang la fuckers....."

3.11.09