
Lalu, aku katakan pada diri aku sendiri, ketika kami berdua bersendiri sambil menyandarkan badan masing-masing menentang dinding lusuh. Dinding yang terbina bila batu-bata disusunkan dengan cermat sekali bersama-sama dan dilekatkan dengan simen. Dan, telah menjadi lusuh akibat dipanah sang mentari dan sesekali, disimbahi oleh sang hujan yang senang membasahi bumi;
"entah apa yang perlu kita lakukan sekarang, kan?"
Dia mengangguk. Diri aku mengangguk tanda bersetuju kepada diri aku sendiri. Percaya dan yakin dengan kata-kata aku, yang tak akan dipersetujui oleh sesiapa, biasanya.
Banyak hal yang telah dan sedang berlaku. Dan aku yakin, di masa akan datang, akan ada banyak hal yang akan berlaku. Dan, aku sendiri tak yakin bahawa aku telah menyiapkan diri aku dengan semuanya.
Semua persoalan, dan permasalahan yang datang ni, menyemakkan kepala otak aku. Aku tak senang untuk menjalankan hidup aku, sepertimana yang aku mahukan. Tapi, itukan lumrah alam, yang kita tak mestinya akan peroleh apa yang kita mahukan. Dan, jika semudah itu hidup ini, aku yakin tak akan ada buku yang akan ditulis, dan tak akan ada filem yang akan dapat kita tonton.
Sesungguhnya, kesakitan kita di dalam menjalankan kehidupan kita ini sebenarnya adalah satu energi untuk kita teruskan apa yang perlu. Dan, di balik itu, kita punya ruang untuk berkongsikan apa yang perlu dengan yang lain.
Perkongsian yang adil, dan yang punya otak.
Tapi, malangnya dalam kebanyakkan masanya, kebanyakkan manusia yang senang dan dengan bangga menyatakan bahawa mereka setuju dengan kata, bahawa perkongsian hidup adalah sangat bermakna di dalam perlawanan romantis kita menentang kapitalis atau apa sekalipun, sebenarnya hanya mengatakan itu, untuk kepentingannya sendiri.
Sedangkan mereka sendiri tak pernah faham akan konsep perkongsian yang sebenar dan lebih malang lagi, mereka sebenarnya tak pernah untuk cuba memahaminya, walau sedikit pun. Apa yang mereka mahukan, adalah untuk kepentingan mereka sendiri, agar mereka dapat menjalankan kehidupan mereka ini, dengan lebih mudah.
Walaupun mereka terpaksa berpura bahawa mereka cuba menjadi si sosialis, dan mahu menjadi seorang yang equal yang tahu akan erti kemanyusiaan, dan keindahan di dalam berkongsi.
Malang, jika mereka ini ada hidup di keliling kita- di dalam jaringan sosial kita, di mana sahaja. Malang kerana, mereka akan selalu menggunakan alasan ini, untuk terus menjadi parasit kepada manusia lain. Kepada manusia yang benar-benar ingin berkongsi sesuatu di dalam hidup ini.
Manusia seperti ini, adalah manusia yang sebenarnya. Manusia yang memenatkan dan manusia bodoh yang menjengkelkan. Dan tiap kali, aku ternampak mereka, apa yang ada dalam diri aku, cumalah perasaan marah yang tak memasal ni.
Mereka, sememangnya sangat mnenjijikkan.

0 catatan:
Post a Comment