gua bangun awal pagi. ya pagi. pukul 11.30 pagi. masih pagi. rutin waktu pagi menuntut gua lakukan senaman ringan sebelum berbuat apa-apa. memandangkan tidak mempunyai apa-apa program atau temu janji, gua tetapkan dalam diri gua untuk ke meru menemui seorang pomen tua yang masih segak bergaya. bukan ada sesi perpomeman sepemergian gua kesana. cuma sekadar bertanya khabar dan menghiburkan hati gua yang sunyi.
selesai berdandan dan mengenakan pakaian yang sesuai dengan tempat yang bakal gua lawati, gua memacu jentera gua dengan mantap sekali. gua memecut dijalan raya sesuai dengan tuntutan gua sebagai seorang remaja yang tidak gemar membuang masa.
ketika membelok ke sebuah simpang, dua buah lori yang berkapasiti besar mengenyit cahaya dari mata lampunya kepada gua beberapa kali. ternyata kira-kira 100 meter dihadapan berlangsung sebuah sekatan jalan raya. dalam hati gua berterima kasih kepada sang lori. ternyata masih ada yang sayang. gua mengambil keputusan untuk patah balik dan menggunakan jalan alternatif yang lain. bukan kerana gua seorang pesalah jalan raya, cuma kerana gua tidak suka berhadapan dengan rasuah.
langit yang agak mendung, mencurahkan isinya dengan tiba-tiba. lebat. selebat tangisan hati gua. gua berhenti disebuah stesen minyak untuk berteduh. 5 minit kemudian langit berhenti menangis. gua teruskan perjalanan. ternyata langit masih lagi bersedih. memaksa gua untuk berhenti di stesen minyak seterusnya.
gua berhenti dengan mantap diantara 2 buah pam minyak. dengan sayu gua memandang titis-titis air mata langit yang gugur. mungkin dia juga tidak bahagia dan sedih seperti gua, getus hati kecil gua. air mata gua hampir gugur memikirkan hidup kami yang sentiasa sedih dan tidak bahagia. hati gua terasa ngilu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 catatan:
Post a Comment