22.1.10


some books borrowed from IIUM library and CDs from Shadjihar
very cool and interesting!

16.1.10

NV

Never waste jealousy on a real man: it is the imaginary man that supplants us all in the long run. ~George Bernard Shaw

In jealousy there is more self-love than love. ~François, Duc de La Rochefoucauld, Maxims, 1665

Envy is a waste of time. ~Author Unknown

The envious die not once, but as oft as the envied win applause. ~Baltasar Gracian

It is not love that is blind, but jealousy. ~Lawrence Durrell, Justine, 1957

If malice or envy were tangible and had a shape, it would be the shape of a boomerang. ~Charley Reese

He that is not jealous is not in love. ~St. Augustine

The jealous are troublesome to others, but a torment to themselves. ~William Penn,Some Fruits of Solitude, 1693

Love looks through a telescope; envy, through a microscope. ~Josh Billings

Envy is the art of counting the other fellow’s blessings instead of your own. ~Harold Coffin

Jealousy is no more than feeling alone against smiling enemies. ~Elizabeth Bowen

Envy is thin because it bites but never eats. ~Spanish Proverb


MTRPLS






13.1.10

main mata

Macam biasa bila masuk pukul 11 pagi mata gua memang selalu mengantuk.
Macam biasa jugak gua akan terus berdebus keatas katil bila mata gua dah tak larat nak tengok muka Photoshop...

ZZZzzzz

***

Gua terjaga bila telefon bimbit gua berbunyi garang dan anger..
Slow-slow gua jalan menuju ke ice box kat dapur.
Ngam-ngam gua tengah pegang pintu ice box, gua tengok ada sekor kucing atas singki.
Gua dan kucing sama-sama diam tak bergerak.
Dia tengok gua tajam. Gua balas dengan mata gaya harimau..
Dua-dua mata tak berkelip..


Gua tahan sampai air mata nak meleleh..
Siak, gua kelip jugak akhirnya..
Gua capai paper bag pengantin atas ice box.
Gua baling kat kucing kuat-kuat.
Dia lari lintang pukang.

***

Gua betul tak puas hati.
Gua kalah lawan kelip mata dengan kucing kaler kelabu tengah hari tadi..
Kucing, jangan sampai gua nampak lu main2 kat tepi jalan time gua tengah bawak kereta...

8.1.10

wartawan hiburan

tadi aku buka disney channel sebab ada upin - ipin. bukan aku nak tgk sangat pun cite tu tapi adik bongsu aku tu suka sangat cite upin - ipin. aku panggil punya panggil dia suh mai tengok upin - ipin ngan aku langsung dia tak layan. rupanya khusyuk baring dalam bilik tengok idola kecil. wth??? boring betul! rancangan yang tak membina langsung! hiburan semata - mata! patut la umat islam sekarang makin lemah! terlampau banyak hiburan yang disogok - kan.

huh, baik aku layan upin - ipin lagi bagus.

7.1.10

"kak long arinie pg sekolah tak?"






Kalau Hari Ni Tak Tengok Cerita Kartun, Apa Aku Nak Borak Kat Sekolah Esok..??

Darjah 1 aku sekolah pagi. Balik sekolah tengah hari pukul 1. Pukul 1 kalau bukak tv haram satu apa pun takde. Benda hitam putih menari nari bunyi tak sedap saja yang keluar. Kalau tak pun keluar benda bulat sama petak petak warna warni dengan bunyi tut tak sudah.

Masa tu jam jadi lambat. Aku buntu. Aku layan drama radio. Habis drama radio, aku keluar pergi belakang rumah. Belakang rumah ada satu pokok mempelam jajahan kerengga. Beribu ribu kerengga berulang alik dari pokok mempelam ke satu rekahan dinding rumah.

Berlari aku masuk rumah. Cari ubat nyamuk. Cari mancis. Nyalakan ubat nyamuk. Lepas tu selesai. Seekor demi seekor kerengga tumpas di tangan ubat nyamuk aku. Bau kerengga masak benar benar menusuk.

Bosan menyeksa kerengga, aku masuk ke dalam. Intai jam. Lambat lagi nak ke pukul 4. Hari pun panas terik. Aku tak berani nak keluar rumah. Takut hitam. Aku dah beberapa kali mendapat ancaman hitam dari kakak kakak dan mak aku.

Adik aku sibuk bermain anak patung. Mak aku tak habis habis dengan karipap. Orang ini tempah. Orang itu tempah. Aku kacau mak aku. Cubit sikit tepung uli, aku bersila atas meja main tepung macam main tanah liat. Tiba tiba aku tersentak. Berlari ke depan. Intai jam. Lambat lagi..

Dipendekkan cerita, jam menunjukkan pukul 4 petang. Masa yang ditunggu tunggu, dah puas menyakat adik, aku baring depan tv. Tapi sebenarnya cerita kartun tak mula lagi. Kena layan mengaji dulu. Ada satu gambar pakcik bersila mengaji dan ditepinya ayat ayat suci al quran lengkap dengan terjemahan di kaca tv.

Sedang pakcik itu serius mengaji, mata gua tiba tiba kabur, kabur dan menggelap. Sedar sedar dah keluar suara pakcik hari ini dalam sejarah. Apa cerita..? Gua mengamuk. Malam tu gua tak pergi mengaji..

summary

Politic, Economy, Society, Enviromental, Civilization, Mindset, Entertainment, War, Conflict, Terrorist... mat rempit, bohsia, buang anak haram dalam mangkuk jamban dan kemunculan syarikat MLM terbaru.

"Same shit different story meehhh...."

entry pertama 2010

tahun 2010, datang dan pasti akan menghilang seperti tahun2 sebelumnya. tapi apa2 pun tiap2 tahun itu pasti ada peristiwa, ada cerita ada kenangan dan ada segala-galanya. kadang-kadang bleh buat kau tersenyum dan menangis, boleh buat kau sakit hati. tapi itu lah namanya hidup.

banyak benda aku nak tulis untuk tahun 2009 dulu, tapi endingnya aku delete balik atau selama-lamanya jadi draft. entahlah.....

tahun nie, kat malaysia pasti meletup ngan Vierra. yehhhhhhhhhh... lagu aku tujukan buat seseorang yang slalu nanyi lagu nie untuk aku. hehehehhe.. thankssss yoo!

3.1.10

aku mahu terbang jauh-jauh

hentakan digigi laut bersama gulung ombak seolah menari mengikut rentak irama pantai lalu bersajak merdu dihadapan aku yang masih terbaring lesu disebalik rekah batu besar berlumut.

tidur dalam separuh sedar tanpa alas, tanpa selimut melitup kaki yang telanjang penuh ghairah, masih malu-malu berguling kejam bersama pasir terhidang jelas dihadapan mata, disisi masih ada sisa-sisa dosa semalam yang masih belum sempat dikambus ditanah tandus yang sunyi tanpa penghuni. biarkan ia mati dan membusuk, hilang tanpa nesan, tanpa kuburan dan tanpa upacaya spiritual mengarut.

lepaskan ikatan bayang itu kerana aku mahu terbang jauh-jauh dari daerah gersang ini,

bak kata Sutardji Calzoum Bachri

senyap dalam sungai tenggelam dalam mimpi
lembap dalam renyai lebam dalam sepi...

aku sendiri tak fahammm. tahik!!

Revolusi telah mati, kerana kamu telah bunuhnya.

Lalu, aku katakan pada diri aku sendiri, ketika kami berdua bersendiri sambil menyandarkan badan masing-masing menentang dinding lusuh. Dinding yang terbina bila batu-bata disusunkan dengan cermat sekali bersama-sama dan dilekatkan dengan simen. Dan, telah menjadi lusuh akibat dipanah sang mentari dan sesekali, disimbahi oleh sang hujan yang senang membasahi bumi;

"entah apa yang perlu kita lakukan sekarang, kan?"

Dia mengangguk. Diri aku mengangguk tanda bersetuju kepada diri aku sendiri. Percaya dan yakin dengan kata-kata aku, yang tak akan dipersetujui oleh sesiapa, biasanya.

Banyak hal yang telah dan sedang berlaku. Dan aku yakin, di masa akan datang, akan ada banyak hal yang akan berlaku. Dan, aku sendiri tak yakin bahawa aku telah menyiapkan diri aku dengan semuanya.

Semua persoalan, dan permasalahan yang datang ni, menyemakkan kepala otak aku. Aku tak senang untuk menjalankan hidup aku, sepertimana yang aku mahukan. Tapi, itukan lumrah alam, yang kita tak mestinya akan peroleh apa yang kita mahukan. Dan, jika semudah itu hidup ini, aku yakin tak akan ada buku yang akan ditulis, dan tak akan ada filem yang akan dapat kita tonton.

Sesungguhnya, kesakitan kita di dalam menjalankan kehidupan kita ini sebenarnya adalah satu energi untuk kita teruskan apa yang perlu. Dan, di balik itu, kita punya ruang untuk berkongsikan apa yang perlu dengan yang lain.

Perkongsian yang adil, dan yang punya otak.

Tapi, malangnya dalam kebanyakkan masanya, kebanyakkan manusia yang senang dan dengan bangga menyatakan bahawa mereka setuju dengan kata, bahawa perkongsian hidup adalah sangat bermakna di dalam perlawanan romantis kita menentang kapitalis atau apa sekalipun, sebenarnya hanya mengatakan itu, untuk kepentingannya sendiri.

Sedangkan mereka sendiri tak pernah faham akan konsep perkongsian yang sebenar dan lebih malang lagi, mereka sebenarnya tak pernah untuk cuba memahaminya, walau sedikit pun. Apa yang mereka mahukan, adalah untuk kepentingan mereka sendiri, agar mereka dapat menjalankan kehidupan mereka ini, dengan lebih mudah.

Walaupun mereka terpaksa berpura bahawa mereka cuba menjadi si sosialis, dan mahu menjadi seorang yang equal yang tahu akan erti kemanyusiaan, dan keindahan di dalam berkongsi.

Malang, jika mereka ini ada hidup di keliling kita- di dalam jaringan sosial kita, di mana sahaja. Malang kerana, mereka akan selalu menggunakan alasan ini, untuk terus menjadi parasit kepada manusia lain. Kepada manusia yang benar-benar ingin berkongsi sesuatu di dalam hidup ini.

Manusia seperti ini, adalah manusia yang sebenarnya. Manusia yang memenatkan dan manusia bodoh yang menjengkelkan. Dan tiap kali, aku ternampak mereka, apa yang ada dalam diri aku, cumalah perasaan marah yang tak memasal ni.

Mereka, sememangnya sangat mnenjijikkan.