22.2.10

menunggu abang posmen tiba!

Tadi di kedai buku di tengah bandaraya Kota Bharu saya membelek belek sebuah buku comel berwarna hitam dihiasi dengan corak hati berwarna warni membuatkan setiap orang yang memandangnya pasti terasa ingin meyentuhnya. Tajuknya "Love Letters of Great Man". Pada muka pertamanya tertulis kata penghantar tentang surat-surat cinta yang sudah tidak laku lagi dizaman ini. Begitu lebih kurang. Oleh kerana kawan saya yang sudah ingin beredar dari kedai tersebut maka bacaan saya waktu itu habis disitu saja.

luahan cinta tidak memerlukan si teruna menghabiskan dakwat penya untuk mengukir ayat-ayat power berbunga bunga hanya untuk meluahkan rasa cintanya, itu zaman nenek-nenek kita boleh la. Si pencinta wanita zaman ini cuma perlu menaip pesanan ringkas untuk temu janji.

Saya jadi teringat pada surat yang saya tulis dua minggu lalu tapi belum-belum juga dipos, surat itu sebenarnya untuk seorang kawan yang saya tidak kenali di seberang lautan sana, alamatnya saya temui di sebuah zine. Dalam zine itu ada emelnya tapi sebab ingin merasa pengalaman menulis surat maka saya tulis juga, semoga saya diberikan semangat dan tidak dibelenggu rasa lupa lagi esok hari agar dapat saya pos surat saya ini.

Saya juga teringat pada cerita adik saya, dia pernah dibawa ke sebuah restoran oleh seorang kawanya yang tiba-tiba baik hati untuk membelanjanya makan dan minum waktu itu, dengan rasa sedikit tergamam dia hanya menurut, selesai ritual makan dan minum dia disuruh menulis sepucuk surat kepada kekasih si pembelanja makan dengan alasan tulisanya adik saya lebih baik dan dia boleh membina ayat-ayat yang lebih bagus. Ketawa saya mendengarkanya.

Dalam filem "Äideistä parhain" (Mother of Mine) cerita yang mengisahkan seorang kanak-kanak yang dipisahkan daripada ibunya oleh kerajaan Poland untuk dihantar ke Sweden dan tinggal bersama keluarga angkat disana, Sebuah program kerajaan untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa perang. Hanya surat yang dibawa oleh Posmen menjadi perantara kanak-kanak tersebut dan ibunya, Setiap hari dia akan duduk di pagar rumah menanti sang posmen datang membawa kata-kata rindu ibunya.

Seorang penulis di sebuah majalah dulu menyatakan tentang matinya keromantikan mengirim surat, sang kekasih sudah tidak lagi resah dan berdebar debar menunggu abang posmen datang membawa kabar dari kekasihnya. Kini abang posmen hanya berfungsi sebagai pembawa bil-bil astro atau surat tuntutan hutang dari PTPTN.

catatan sehari selepas hari kekasih

Saya membaca sebuah entry personal yang kadang-kadang menggelikan hati di blog Pika, (Pika kawan si yan), akhir dari entry itu menyatakan yang dia tidak menyambut valentine day, kerana orang islam tidak menyambutnya.. mungkin kerana dia percaya yang itu adalah budaya orang-orang kristian dan tidak patut dirayakan olehnya yang beragama islam.

Cakap-cakap begini bukan pertama kali saya dengar, saya sudah mendengarkanya lama dulu. Tulisan Pika itu membuat saya ingin mencari tulisan-tulisan lain mengenai hari valentine di google, saya menemukan banyak tulisan-tulisan yang berkait dengan valentine, kebanyakanya sama saja, melarang, mengharamkan dan menghukum.

Antaranya ada yang mengatakan "murtad menyambut valentine day", ada juga tulisan yang mengatakan "menyambut Valentine day adalah sama dengan menyokong kehancuran kerajaan islam di cordova pada zaman itu", gementar anak-anak muda mendengarkanya.. cari la sendiri di google. Tapi saya tertarik pada sebuah tulisan lama dari fathi aris omar mengenai Valentine day, yang satu ini lebih menyegarkan. Disini Fathi ingin meluahkan rasa terkejutnya dengan fatwa PAS waktu itu.

Antara lainya dia berkata dalam tulisanya "PAS hari ini mengeluarkan fatwa baru yang sekali gus mengkuduskan St Valentine, atau Valentine sang Wali, seorang pejuang keadilan dan sekali gus hak asasi berdepan dengan pemerintah yang sangat zalim." tulisan penuh boleh di baca disini.

Valentine adalah simbol kepada kemenangan cinta, perjuangan melawan kezaliman kuasa dan lambang kepada sebuah kebebasan.

-------
Dengar: Resist - Doscography, Tragedy - Nerve Damage, Shikari - Robot wars,
Makan : Mee goreng ayam
Minum : Nescafe panas
Baca : Catatan si malin Kundang - Antologi esei Umar Junus
Lain-lain : facebook.com

21.2.10

cinta dihari valentine's

hari nie, zack tersenyum sendiri. hari nie dia ada temujanji dengan buah hatinya. hari nie hari memperingati kekasih, dlm bahasa orang putis dipanggil valentine's day. zack mahu buat kejutan untuk kekasih kesayangannya. dia mahu buktikan yang dia nie caring dan perihatin. dia mahu bagi hadiah yang cukup bermakna buat buah hatinya yang disayangi. mungkin hadiah itu tidak berapa bernilai tapi yang penting sekali adalah nilai keikhlasan itu.

zack bungkus elok2 hadiah. bungkus pakai kertas warna merah hati. zack taruk reben ade bentuk love (erkk..ade ker reben bentuk love?). zack mahu bagi hadiah tu pada buah hatinya bile jumpa petang nanti di taman bunga tempat mereka slalu jumpa. hati zack semakin berdebar. hatinya berbunga-bunga!




zack sampai awal. perhatikan itik berkejaran di tasik , diatasnya ada teratai layu di tasik madu (lagu fauziah latiff okey....hehhe). zack senyum -senyum. dia rasa buah hatinya pasti gembira dengan hadiah yang bakal dia berikan. dari jauh bau harum one drop perfume. yesss... itu buah hatinya sudah sampai. malu2 zack bagi hadiah. dia hulurkan dengan muka merah-merah. buah hatinya menerima dengan malu2 juga. hadiah bertukar tangan. hati masing masing berbunga-bunga. cinta makin bertaut. " u buka hadiah i nie kat rumah okey" kata zack.





malam itu zack dapat sms.

"KITA PUTUS"

12.2.10

pisang

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, "Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!"

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian

budu

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau Sos Bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan. Mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan tersebut bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan ‘kuno’.

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti-bakteria penyebab diare, penurunan kolesterol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarea kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarea kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Budu juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu, iaitu vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E & K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumonia dan citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah. Akibat daripada kekurangan vitaman ini boleh mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3mikrogram per 100gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.

Dengan adanya vitamin B12, para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain menjadi pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mikrogram bagi setiap 100gram budu.

Budu juga mengandungi zat antioksida dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksida yang sangat diperlu oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca daripada makanan seharian yang dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Dengan adanya antioksida di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksida) iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksida faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksida paling kuat jika dibandingkan dengan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat, menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu uji-kaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar dari jangkaan. Selain daripada sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100gram. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengah hari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multi-vitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

Tidak hairanlah jika abang di atas mempunyai rupa paras yang hebat kerana dia seorang kaki budu.

Untung sapa yang jadi supplier ni, satu kapal angkasa dia cover.