31.5.10

Al Baqarah:143

143. Ummatan Wassatan: umat yang adil, yang tidak berat sebelah baik ke dunia maupun ke akhirat, tetapi seimbang antara keduanya.

143. Thus, have We made of you an Ummah justly balanced, that ye might be witnesses over the nations, and the Apostle a witness over yourselves; and We appointed the Qibla to which thou wast used, only to test those who followed the Apostle from those who would turn on their heels (from the Faith). Indeed it was (a change) momentous, except to those guided by God. And never would God make your faith of no effect. For God is to all people most surely full of kindness, Most Merciful.
Sesungguhnya tidak dianggap Islam bagi orang - orang yang meninggalkan solat:
Umar Al - Khattab R.A.

current interest

1) bau hujan
2) bintang di langit
3) bertampar dengan angin

Surah Al - Imran: 28

028. Let not the believers Take for friends or helpers Unbelievers rather than believers: if any do that, in nothing will there be help from God: except by way of precaution, that ye may Guard yourselves from them. But God cautions you (To remember) Himself; for the final goal is to God.

24.5.10

selamat puja umur

happy birthday liswatul hidayah

16.5.10

birthday

semalam,pegi rumah awin.ade birthday party housemate die.party start pukul 3.00 tapi aku pegi awal dengan ikin dan sha.budak-budak pompuan lain dah ade kat situ,tengah goreng nuggest dan keropok dan buat sandwich.aku pegi menyibuk kat dapur,dan bagi setiap dua biji nuggets yang siap digoreng,satu akan masuk pinggang dan satu lagi akan masuk perut aku

bila orang-orang dah start datang,aku rasa sangat kecil dan hina dan rendah martabat.sebab orang datang bawak kotak hadiah besar-besar dan balut dengan kertas hadiah warna-warni.tapi aku cuma bagi birthday card yang aku buat sendiri dengan kertas A4,tulis 'selamat happy birthday' dengan marker.ada tampal gambar M Rajoli yang aku gunting dari suratkhabar,dan ada sign autograph M Rajoli yang buat sendiri

"how sweet"kata awin

11.5.10

jentik

kau tahu kau dah buat keje yang betul
dan tiba-tiba ada orang "jentik" kau,
apa kau rasa?

kau

Kau tak telefon
Jauh sekali sms
Tak mahu bertelefon
Kau tak YM
Kau tak pernah atas talian
Kau tak pernah nak jumpa
Kau tak sudi
Kau mencari alasan
Kau datang
Kau hilang
Kau buatku terhegeh-hegeh
Kau asyik menguji aku
Kau buatku teruji
Kau buatku terkejar-kejar
Kau buatku letih
Kau tak rasa apa-apa
Mungkin kau suka
Kau memang tak rasa apa-apa
Kemudian bila aku mahu hilang kau bertanyakan perihal tentang diriku
Bukan kelakar
Aku tak mahu kau,sudah

8.5.10

sunyi

dah tiga jam aku dok depan komputer nie tapi satu apa pun tarak.satu apa pun aku tak dapat
keluarkan di skrin.payah betul rasanya,dia dah jadi macam kena buat karangan untuk cikgi rohaya.tapi nak tak nak aku kena menulis sesuatu

aku akui sejak akhir-akhir nie maksudnya dua bulan kebelakangan ini,aku mengalami satu keadaan di mana prihatin dan sensitif aku merosot.aku jadi kurang peka dengan keadaan
sekeliling dan tidak terangsang dengan apa yang berlaku di sekitar.radio dan tv dah lama aku tolak tepi.suratkhabar pun sama,tapi bab sukan aku tak terlepas sangat.lagu-lagu kegemaran memang aku tak pernah dengar dalam dua bulan nie.bahan bacaan baru takde.paling last aku baca buku Bukan Pasarmalam tulisan Pramoedya.dan yang paling penting aku kurang melepak.dah takde kaki dan takde masa nak melepak malam-malam berbekalkan air segelas dengan sembang pung pang pung pang pung pang

bila aku tak melepak,aku akan jadi tak produktif.sebabnya takde feel, duduk rumah malam-malam keras.dia jadi feel orang pejabat.lagi satu bila aku tak melepak,benda-benda baru tak masuk.konflik tak datang.otak tak jalan dan yang paling aku tak gemar.dia jadi sepi dan rasa macam nak cari makwe