31.7.10

010810

datang pakai baju merah atau hitam.dan jangan lupa bawak lilin

26.7.10

moga faisal disayang allah

Malam sekali lagi datang.satu hari lagi berlalu,tidak peduli kita suka ataupun tidak
dengan hari itu.hujan deras kembali menganyang kota.padahal tadi burung layang-layang
menarikan formasi 'tidak hujan'malam ini.ah,mereka kan juga sama seperti manusia,meneka!
dimalam-malam akhir aku dirumah lama ini,aku terasa malam nya agak panjang.tidur aku pon sering terganggu oleh mimpi-mimpi buruk.aku seperti mendengar rintihan tingkap,pintu,almari,gambar-gambar didalam rumah aku nie.mereka semua seperti tidak rela
aku pergi dari rumah ini.aku pon sebolehnya tidak mahu pergi dari rumah lama ini,terasa sayang benar.banyak betul kenangan pahit manis di sini.sebetulnya aku memang belum bersedia untuk semua ini.tapi diri aku tidak mampu untuk melawan takdir dan kehendak orang tua aku.dan yang pasti separuh masa kedua hidup aku,akan bermual di sebuah rumah baru dengan suasana baru.dan pada satu saat nanti,aku pasti akan kembali ke rumah lama aku ini dan menakbur bakti di sini.itu yang aku perlu cuba pastikan nya.

aku tidak kata aku telah menyatakan segala kebenaran disini,
tetapi aku berharap semua yang aku katakan itu memang benar belaka

21.7.10

bintang malam


Aku merangkak keluar, dari kepompong yang mencengkam.

Yang menidakkan cahaya kepada aku, dan yang menafikan angin kepada aku.

Aku merangkak keluar, melihat cahaya dan menikmat angin.

Kerana sekali ini, aku terasa takut, dan kerana sekali ini, aku merasakan kuasa.

210710







18.7.10

romantik I.S.A


sesape free 24hb nie dtg la.free jer takyah bayar pon.bawak la duit skit
mane tau nk donation ker nk beli buku ker

17.7.10

mukjizat cinta

setiap saat
aku perhati awan berarak telanjang
setiap itu aku
mengharap
menanti
mukjizat cinta kamu
yang dilayang melalui sang angin
untuk ditusuk ke jiwa kontan ku

aku dan kamu
merangkul-lah
menyatulah
bersetubuhlah cinta
melahirkanlah zat-zat cinta
yang membentangi alam raya
ayoh!
bersama berlaku kita ke dalam cinta

secret admirer

Di saat mula ku dengar kisah cinta pertamaku,aku mula mencari dirimu.
Tidak menyedari betapa butanya ia,sepasang kekasih bukanlah penyudahnya
bertemu di mana-mana.Sebaliknya mereka sudah bersama selama ini
(biarpun sebelum berkenalan)-jeraluddin rumi

15.7.10

DIA

"Hari itu aku belikan cincin untuk dia.aku tak kisah berapa banyak
cincin dah ada kat jari dia.aku tak kisah cincin yang aku belikan tue sama
pattern dengan cincin yang dia ada.yang penting ada cincin pemberian aku kat jari dia.
cincin pertunangan sementara."

aku kehilangan pelangi

Semalam,
selepas hujan yang turun begitu lama
dan lebat,

berhenti dengan tiba-tiba.

Aku keluar dari tempat berteduh.

Aku berjalan seorang diri.

Tidak mempunyai arah tuju.

Cuaca dingin.

Angin bertiup lesu.

Aku mengeluh.

Lalu,

aku pandang ke langit.

Aku lihat awan-awan.

Suram.

Gelap.

Aku pandang ke suatu sudut langit
yang lain.

Aku lihat pelangi.

Terbias dengan penuh warna-warni.

Menyerlah.

Lalu,

menenggelamkan awan-awan yang
aku lihat tadi.

Awan- awan yang suram.

Awan-awan yang gelap.

Tenggelam terus dari pandangan
aku

Cantik.

Menakjubkan.

Aku tersenyum.

Aku pandang pelangi itu dengan penuh keinginan.

Hari ini,

hujan turun lagi.

Aku berteduh di bawah sebatang dahan pokok.

Dahan yang tiada ranting.

Dahan yang tiada daun.

Tidak mempunyai arah tuju.

Aku mengeluh.

Pelangi telah mati.

Semalam

11.7.10

TUNGGU

aku tunggu kalimatmu,
dari bibir munggil,
dibelit lidah jahil,
sebaris keramat,
untuk jiwa melarat,
wahai malaikat,
syaitan lakhnat...

8.7.10

fauziah gous



harap-harap esok dapat jumpa fauziah gous kt show nie.orang cakap die nie takde la tinggi sangat.kalo jumpa esok,dapat salam cium tangan pon dah ok

1.7.10

entry pertama di bulan july

di dunia kita tak perlu lagi nak di tambahkan gunung,lautan
ataupun bulan tapi apa yang perlu kita tambah ialah kasih sayang