aku akan sesat,tanpa kamu sebagai teman
24.10.10
21.10.10
surat cinta kaler pink
masuk kali ini dah 4 kali gua dapat nota kecil yang boleh juga di klasifikasikan sebagai surat cinta dari dia. modus operandi nya sama. apabila gua nak keluar pekena teh pagi, akan ada terselit sehelai kertas berwarna merah jambu yang berbau harum bedak follow me pada superbike gua. tetapi anehnya tidak pernah pula terserempak dengan gua.
setiap malam sebelum gua melelapkan mata dan menuju kedunia fantasi gua akan mengukir susuk dia dalam benak fikiran gua. muka bujur sireh, mata galak yang mungkin setiap hari memerhatikan gua dari jauh, bibir mungil kaler pink yang tercoret gincu cap silky girl, pipi berlekuk lesung pipit seperti meminta-minta di kucup, rambut hitam pekat panjang paras bahu, ukuran badan mirip rozita che wan dan tangan yang mulus lagi lembut bak taufu yang mengarang butir-butir perkataan kepada gua. ah! dia memang sudah menggangu ketenteraman hati gua.
***
pagi tadi gua bangun awal dari biasa. siapkan kerja-kerja gua selaku orang penting. gua turun ke tempat parking superbike gua.
"kacak juga moto gua",kata gua dalam hati.
ada satu susuk mundar-mandir dalam keadaan mencurigakan dekat superbike gua. seraya jantung gua terus berdegup 3 kali lebih kencang dari biasa. tangan itu. menyelit sekeping kertas merah jambu yang berbau bedak follow me yang dapat gua hidu dari jauh. gua terpaku dengan mulut gua terkunci rapat. dia pergi sambil melontarkan sebuah senyuman, meninggalkan gua yang masih terpinga-pinga.
"cilakak! selagi mpkb tak hentikan aktiviti saman parking, selagi tu gua tak kan mengundi! faking!".

16.10.10
aku jatuh cinta lagi
sebutir bintang merah
"pelajar,mahasiswa dan orang muda adalah pemangkin setiap perubahan.
perhatikan di semua gerakan sosial yang mengubah sejarah.kita akan bertemu dengan
generasi anak muda.anak muda di mana-mana pun mahukan perubahan.anak mudalah
perubah zaman,hanya orang muda yang berani mengubah sejarah.setiap hari,setiap dekad,setiap kurun rakyat menunggu apakah yang akan dilakukan oleh anak muda.terpulanglah kepada anak muda,dalam hidup ada pilihan.hidup cuma untuk bernafas atau hidup untuk bersama mengukir sejarah?dunia akhirnya akan jatuh ke tangan anak muda"-hishamuddin rais

bilakah ia akan berakhir??
dunia semakin hari semakin sampai di penghujung....
manusia masih termangu-mangu mencari arah dan hala tuju.
insan yang celik di butakan ,yang bersuara di bisukan.sana sini terngiang esak tangis
anak kecil,wanita dan orang tua.yang kecil dan yang lemah di tindas,keadilan sudah di cabul.
kezaliman sudah berada disetiap hujung kuku pemerintah dan hak rakyat di nafikan.
ibarat singa di bawah takhta yang di jerat ...hanya satu cara untuk semuanya.LAWAN!!

6.10.10
lame punye
seawal 6.30 pagi lagi gua dah cerah bijik mata. bangun pagi itu tidak sesukar bangun ashur. tidak perlu abah gua kejutkan. tidak perlu mak gua umpan dengan air ho ho horlick. gua capai tuala yang tersidai kemas dipenjuru katil. abah gua kelihatan sedang memotong nasi himpit menjadi kubus-kubus kecil mengikut piawaian saiz yang ditetapkan majlis hari raya. mak gua pula sibuk mengacau kuah kacang yang sedang menggelegak kecil dari atas dapur.
selesai mandi dengan tangkasnya gua mengenakan baju malayu cekak musang kaler hijau daun pisang yang digosok rapi oleh mak gua subuh tadi. gua pekena juga sampin dan songkok tinggi bagi tampak bergaya seperti awie yang tengah naik ketika itu. gua tersenyum puas sambil berbisik kepada diri sendiri "kita ada misi,". gua pekena dulu nasi himpit dengan teh o hasil air tangan mak gua. fuh ternyata masih kick. sebelum semayang raya gua bermaafan dengan abah dan mak gua dulu. cium tangan lama-lama sikit dapat duit raya pertama.
selesai semayang raya gua terus kerumah nenek gua. kutip angpau gambar masjid, ketupat dan kartun yang tengah jadi trend ketika itu dari pakcik makcik gua. duit gua masuk wallet, angpau gua sedekah dekat adik gua. gua mula bergerak dengan tangkas kerumah pak hamid sebelum kanak-kanak lain mendahului gua. basikal handle tinggi gua bergerak lincah dijalan merah. gua tetamu pertama. dapat angpau merah dalam ada singgit gua chow. tanpa melengahkan masa gua kerumah tok penggawa. sebelum dapat angpau gua pekena sate dulu. bukan selalu pekena sate time tu. gua sambung misi gua kerumah kak nik, pak su car, jali rumah kuning, cikgu semail, mek yah, pok nik dan sekitarnya. menjelang zuhur gua balik rest dulu. sambung balik pukul 2.
***
tapi itu cerita 15 tahun lepas. raya tahun ni gua bangun pukul 11.30. terlepas semayang raya lagi macam tahun lepas. lepas mandi gua pekena nasi himpit dengan air berkabonat. sarung baju melayu kaler biru, gua pekena muzika aidilfitri dekat tv.
p/s:raya tak abes lg kan??

Subscribe to:
Posts (Atom)