gua bangun awal pagi. ya pagi. pukul 11.30 pagi. masih pagi. rutin waktu pagi menuntut gua lakukan senaman ringan sebelum berbuat apa-apa. memandangkan tidak mempunyai apa-apa program atau temu janji, gua tetapkan dalam diri gua untuk ke meru menemui seorang pomen tua yang masih segak bergaya. bukan ada sesi perpomeman sepemergian gua kesana. cuma sekadar bertanya khabar dan menghiburkan hati gua yang sunyi.
selesai berdandan dan mengenakan pakaian yang sesuai dengan tempat yang bakal gua lawati, gua memacu jentera gua dengan mantap sekali. gua memecut dijalan raya sesuai dengan tuntutan gua sebagai seorang remaja yang tidak gemar membuang masa.
ketika membelok ke sebuah simpang, dua buah lori yang berkapasiti besar mengenyit cahaya dari mata lampunya kepada gua beberapa kali. ternyata kira-kira 100 meter dihadapan berlangsung sebuah sekatan jalan raya. dalam hati gua berterima kasih kepada sang lori. ternyata masih ada yang sayang. gua mengambil keputusan untuk patah balik dan menggunakan jalan alternatif yang lain. bukan kerana gua seorang pesalah jalan raya, cuma kerana gua tidak suka berhadapan dengan rasuah.
langit yang agak mendung, mencurahkan isinya dengan tiba-tiba. lebat. selebat tangisan hati gua. gua berhenti disebuah stesen minyak untuk berteduh. 5 minit kemudian langit berhenti menangis. gua teruskan perjalanan. ternyata langit masih lagi bersedih. memaksa gua untuk berhenti di stesen minyak seterusnya.
gua berhenti dengan mantap diantara 2 buah pam minyak. dengan sayu gua memandang titis-titis air mata langit yang gugur. mungkin dia juga tidak bahagia dan sedih seperti gua, getus hati kecil gua. air mata gua hampir gugur memikirkan hidup kami yang sentiasa sedih dan tidak bahagia. hati gua terasa ngilu
14.12.10
Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: ”Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.”
11.12.10
kerana dirimu begitu berharga
hampir saja gua tak kenal dia malam tadi. dia betul-betul dah berubah. berubah menjadi orang yang lain pada pandangan pertama gua. namun begitu ini harus gua akui, dia lebih mengancam dan mantap dengan penampilan baru ini. kecur juga air liur gua menatap lekuk-lekuk badan dia. orgasm sekejap dibuatnya.
tetapi gua tahu, bagaimana sekalipun penampilannya dia tetap dia. gua sudah lama kenal dia. dia tak akan pernah berubah. ya maksud gua dalaman dia. biar telanjang sekalipun dia, dia adalah dia, bukan kau ataupun kau. bahagian itu gua respek dengannya. dan kerana itu juga gua senang berkawan dengan dia sampai sekarang.
berbalik kepada penampilan barunya yang mengancam itu, hampir saja berlaku pertumpahan darah malam tadi. kerana dia. dia bergaun singkat malam tadi. masih setia dengan merah iaitu warna kegemarannya. cuma kali ini merahnya lebih garang. hot. gua pelawa dia kerumah.
baju kamu cantik. puji gua sambil membelai-belai lembut baju barunya. perlahan-lahan jemari mulus gua melucutkan pakaiannya dari atas. sesekali matanya tertutup menahan nafsu serakah. bibir gua dan bibirnya bertaut. ahhhh.
ternyata rasanya masih tetap unggul walaupun berkotak baru. terima kasih winston. kerana dirimu begitu berharga.

8.12.10
7.12.10
masih ada yang sayang
2 hari gua terlantar tenat kat dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. tidur, bangun dan tidur lagi. gua rasa ini demam paling teruk sepanjang 25 tahun gua hidup di dunia. sempat juga gua berkira-kira kalau ini bukannya demam, tapi sakit kronik yang memberi gua tempoh selama sebulan sahaja lagi untuk menghirup udara segar. sepanjang 2 hari ini juga gua tak pekena nasi melainkan sekeping roti yang gua makan sebelum pekena panadol. kemuncak penderitaan gua pada malam hari ke 2 apabila muntah air 100 plus yang gua hadap sepanjang 2 hari tersebut. energi gua 0% waktu itu.
sepanjang penderitaan ini rupa-rupanya masih ada lagi rakan-rakan yang mengambil berat dan bertanya jika gua perlukan pertolongan atau apa-apa. bangga dan terharu menyelubungi gua dari balik selimut.

5.12.10
persoalan untuk setiap kujur tubuh bernyawa
sebuah perkataan yang semakin hari semakin di lupakan keamanan.benarkah bumi kita aman??
adakah dengan wujudnya polis dunia yang di sandang oleh USA,PBB,NATO atau semua itu
sekadar organisasi untuk mengaburi mata dunia?apakah cukup aman USA untuk mengamakan bumi ini??apakah tidak cukup bumi yang sfera ini hingga manusia berebut-rebutkan tanah sekankang kera itu?tidak terbazirkah tenaga di habiskan untuk berperang?tidak sayupkah suara dendangan ibu di tenggelami dengan peluru dan jeritan?tidak terkilankah suara dan dara di selubungi oleh buasan nafsu?tidak nyilukah telinga di dendangkan dengan tangisan anak kecil?
atau itu hanya perkara remeh bagi mereka yang bergelar manusia?bilakah perkataan perperangan
akan terkubur dalam kamus hidup setiap insan?jawapannya di dalam mindamu.dan kesimpulan
di dalam rintihan mereka

terus aktif
dalam kekalutan aku mencari sesuatu yang masih misteri dalam kehidupan.
walaupun aku sudah berada lebih 25 tahun di alam nyata ini.mencari bahan
perbincangan yang dapat di kongsi bersama dan perkara-perkara yang perlu
di ambil perhatian,di tambah dengan sifat kemalasan yang semestinya bersarang
dalam diri yang sekali sekala terpaksa aku akur denganya.pejam celik,pejam celik,
akhir nya kita berada di penghujung tahun,dalam keadaan termanggu-manggu
dalam keadaan diri yang sering sesat dari landasan hati;aku agar tergamam juga
kerana mampu menghasilkan penulisan ini.namun begitu,masalah kewangan yang
sering kali menghambat diri ini menjadikan sesuatu hasrat ini terkandas di pertengahan
jalan.tapi dengan mentaliti yang masih baik berfungsi,aku rasa masalah kewangan bukan
dan tidak sepatutnya menjadi masalah besar kerana ia bukanlah segalanya.walaupun dari segi kewangan yg cukup,mustahil kehidupan manusia di dunia ini dalam kesenangan.bagaimana pendapat anda??

3.12.10
Subscribe to:
Posts (Atom)