Aku seorang yang selekeh. Selekeh habis. Baju besar dan menggeleber. Seluar labuh sampai sapu semua taik ayam atas jalan. Rambut bersepah. Jarang pakai kasut. Banyak heret selipar saja. Memang tak menarik langsung kalau awek tengok. Setakat ni juga, memang tak ada seorang pun awek yang tengok. Tapi hero takde hal. Itu perkara kecil saja. Hero tak cepat menggelabah.
Aku memang seorang yang ringkas. Kalau setakat nak keluar tapau nasi atau beli roti dengan kedai runcit dekat luar sana. Kadang-kadang aku redah dengan boxer saja. Bukan sapa nak tengok pun. Macam aku cakap tadilah. Kalau ada awek tengok pun, belum tentu dia berkenan.
Jadi, nak di jadikan cerita. Semalam, keluarlah aku menapak ke kedai depan dengan berboxer, berselipar jepun dan berbaju T murah saja. Tak bawa wallet tak bawa apa cuma berbekalkan RM 50 untuk bayar nasi saja. Masa akak kedai makan tu tengah goreng nasi, duit aku tercicir. Kalau dah tercicir tu maknanya aku tak perasan la kan. Lalu, si akak kedai makan tu pun menegur. Katanya duit aku jatuh.
tetibe aku jadi blur....tatau nak tulis pe(citer takkan bersambung)

0 catatan:
Post a Comment