Bagi anak kampung macam gua bahan letupan berasaskan karbaid sama ada buatan China atau buatan sendiri adalah perkara wajib tiap kali menjelang Ramadhan Al-Mubarak. Seminggu sebelum puasa, fasa pertama dalam misi gua adalah membeli kelengkapan berupa bahan-bahan untuk menghasilkan letupan, lighter dan lampu suluh. Selain digunakan untuk menyuluh laluan ke surau bagai menunaikan moreh, ia juga digunakan untuk menyuluh laluan ke lokasi peperangan.
Yang paling top dan menjadi pilihan ketika bulan puasa sudah semestinya mercun made in China atau lebih dikenali sebagai mercun sedia bakar. Mercun made in China ni ada stage-stage dia pula. Kalau peringkat umur yang belum tumbuh gigi kapak kena layan jenis mercun tarik dengan marcun bawang atau orang bandar panggil mercun pop pop sahaja. Bila gigi kapak dah tumbuh maka bolehlah beralih kepada mercun jenis roket, mancis dan papan. Untuk beralih ke stage yang seterusnya kenalah khatam dahulu bakar mercun papan bagi letup dekat tangan. Bila dah kebal barulah boleh beralih ke mercun jenis ketupat, bola, telur, botol dan lain-lain yang berrisiko memutuskan jari.
Jenis ni pula gua rasa tak ramai yang tahu kerana tidak dikomersilkan. Gua agak dua tiga tempat sahaja di Malaysia yang main bahan letupan jenis ini. Bedil plug. Plug motor memang paling up time ni. Tapi kalau sesiapa yang pakai plug kereta memang king. Dia punya ekor kalau tak kain pelikat mesti pakai plastik bendera. Nak main pun kena ada skill juga kalau tak nak beraya dengan kepala berlubang. Dari pemerhatian gua, bahan letupan jenis ni sudah pupus sama sekali. Kalau tanya budak-budak sekarang sama la macam tanya mereka siapa presiden Perkasa.
Sebenarnya bahan ketupan tidaklah sebahaya mana seperti yang digembar-gemburkan oleh media massa. Cuma ia memerlukan pengalaman dan skill untuk menghadapi situasi-situasi runcing dan mendebarkan. Oleh itu saya menyeru rakyat Malaysia agar tidak membunuh tetapi menyemai tradisi yang dibawa nenek moyang kita sejak berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu ini. Majulah bahan letupan untuk negara

0 catatan:
Post a Comment