"Jangan main dengan api takut nanti terbakar diri"
Begitulah kata-kata orang tua-tua. Walaupun yang terbakar diri itu pada mulanya tidak bermain-main pun dengan api. Begitu juga dengan kebakaran rumah. Ia biasanya melibatkan sistem pendawaian yang sudah tua. Litar pintas.
Yang amat aku takuti sekarang adalah 'api' yang ada di dalam diri dan juga 'api-api' yang berada di sekeliling aku sekarang. Siapa sangka aku sekarang ini sedang bermain dengan api tanpa aku sedari.
Bunyi-bunyi api ini juga seringkali berkumandang di udara menunjukkan sudah masuk waktu. Waktu apa? Yang itu kita tak tahu lagi. Nanti kita check balik ok. Buat masa sekarang ni, kita sama-sama dengar lagu berapi ni dulu.
Sebelum berpisah. Jangan biarkan hidup anda di bakar. Sekali lagi.
13.1.11
oh kawan!
Zaman-zaman sekolah dulu kalau belajar tulis surat tak rasmi selalunya cikgu andaikan kita tulis surat kepada seorang kawan. Kalau subjek Bahasa Melayu biasanya kita hantar kat sepupu atau datuk atau ahli keluarga lain kononnya nak balik cuti sekolah. Tidak lupa juga nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Kalau sekolah asrama penuh lah. Kalau Bahasa Inggeris pula, biasanya surat tak rasmi kita kononnya akan di hantar kepada pen-pal atau lebih di kenali dengan nama sahabat pena merujuk dalam buku teks Kementerian Pelajaran.
Dengan kecanggihan teknologi dan perkembangan laman sosial di seluruh dunia, mungkin istilah sahabat pena tidak sesuai lagi digunakan. Jika di ikuti dengan trend terkini iaitu dunia di hujung jari, istilah sahabat papan kekunci mungkin lebih tepat di gunakan. Walaupun banyak kali tulis surat untuk pen-pal masa sekolah dulu, satu pun tidak pernah di hantar kerana sahabat pena aku sememangnya tidak wujud. Tidak pula bermaksud untuk cuba mencipta satu kawan imaginasi.
Sekarang ini, proses berkawan menjadi lebih mudah. Mungkin tak pernah berjumpa di alam nyata tapi alam maya juga menjadi medan kepada pengeratan hubungan sesama manusia. Manusia lebih dekat dengan manusia yang lain. Tanpa mengira batas budaya atau bahasa.
Kawan orang yang kita cari apabila kaki melangkah keluar dari rumah. Kawan buat kita rasa selamat dan tidak terabai. Kawan buat kita rasa kita tidak keseorangan dalam dunia. Kawan juga buat kita faham apa itu erti rindu!
6.1.11
kiri atau kanan?
Burung-burung terbang rendah.
Awan mendung.
Gelap sekeliling.
Hari nak hujan.
Pukul tujuh satu minit pagi.
Sekali sekala titis-titis air menghentam cermin depan.
Sekali sekala juga pengelap cermin bergoyang ke kiri dan kanan.
Kadangkala ada satu dua kereta memotong.
Dari arah sisi kiri dan kanan
Lampu-lampu jalan masih belum padam.
Menerangi sepanjang jalan.
Mengiringi perjalanan pulang.
Awan mendung.
Gelap sekeliling.
Hari nak hujan.
Pukul tujuh satu minit pagi.
Sekali sekala titis-titis air menghentam cermin depan.
Sekali sekala juga pengelap cermin bergoyang ke kiri dan kanan.
Kadangkala ada satu dua kereta memotong.
Dari arah sisi kiri dan kanan
Lampu-lampu jalan masih belum padam.
Menerangi sepanjang jalan.
Mengiringi perjalanan pulang.
3.1.11
dua kosong sebelas
terasa dungu juga gua disekitar itu. tapi apakan daya hari terakhir 2010 gua rasa nak lama sedikit. gua tak faham apa yang mereka raya kan sebenarnya. ada apa dengan tarikh bak kata melly goeslow. gua tak rasa mereka sambut 2011 kerana hujan pada 2011 adalah syiling emas bukan nya air. atau pun mereka sambut 2011 kerana pada 2011 mereka tidak perlu bekerja membanting tulang kerana rosmah mansur akan memberi elaun bulanan kepada semua warga satu malaysia. dan tentu sekali mereka bukan menyambut 2011 kerana pada 2011 harga barang turun sebanyak 50%. maka untuk apa?
NEW YEAR KEPALA BANA KAU!!!
NEW YEAR KEPALA BANA KAU!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
